Sunday, February 20, 2011

REFLEKSI


Apakah kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis?

Bahasa adalah amat penting dalam kehidupan kita. Sejak berkurun manusia mengiktiraf bahasa sebagai wahana komunikasi antara manusia yang penting. Di mana sahaja, bahasa merupakan alat perantara bagi kita menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat. Justeru kemahiran berbahasa perlu dipelajari, dan bukan berserah kepada kudrat semula jadi. Terdapat banyak kepentingan kepada kita apabila kita memahami peraturan berbahasa dalam menulis, antaranya ialah kita dapat mengurangkan bahasa rojak. Selain itu, kita juga dapat memahami maklumat atau mesej yang ingin disampaikan dengan mudah dan jelas. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya kesalahfahaman dalm menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Kita juga dapat mengurangkan kesalahan berbahasa seperti tatabahasa dan susunan ayat dalam penulisan sekiranya kita dapat memahami peraturan berbahasa dengan baik. Malahan kita juga dapat menghasilkan sesutu penulisan dengan baik dan berkualiti tinggi sekiranyan kita memahami peraturan berbahasa dalam menulis sesuatu rencana, laporan dan sebagainya.

Perlukah kesemua genre penulisan mematuhi peraturan berbahasa?

Pada pendapat saya kesemua genre penulisan perlu mematuhi peraturan berbahasa kerana sekiranya tidak memahami maka ianya akan merosakkan bahasa penulisan kita. Selain itu genre penulisan perlu mematuhi peraturan berbahasa juga supaya apa yang ingin disampaikan dalam penulisan dapat difahami oleh orang ramai dan juga supaya tidak lari dari isi kandungan atau tema penulisan yang ingin disampaikan kepada pembaca. Ini seterusnya dapat menarik lebih ramai pembaca untuk membaca penulisan tersebut. Seperti yang kita lihat pada hari ini terdapat banyak bahasa rojak iaitu bahasa yang bercampur aduk dengan bahasa asing yang terdapat dalam penulisan berbahasa pada hari ini. Ini disebabkan banyak genre penulisan pada masa kini yang tidak mematuhi peraturan berbaasa dalam menghasilkan karya mereka.Hal ini adalah amat membimbangkan kerana bahasa amat penting dalam kehidupan kita sebagai alat komunikasi dan juga sebagai alat penulisan kepada masyrakat kita. Jesteru kesemua genre penulisan pada hari ini perlu mematuhi peraturan berbahasa untuk meggekalkan bahasa kita.

Adakah bahan-bahan penulisan kini mematuhi peraturan berbahasa?

Pada pendapat saya, terdapat sebahagian bahan – bahan penulisan kini yang tidak mematuhi peraturan berbahasa kerana terdapat karya penulisan yang menggunakan bahasa yang tidak baku serta tidak mengikut penggunaan tatabahasa yang betul dalm menghasilkan karya. Malah terdapt juga penggunaan bahasa asing yang dicampur dalam bahasa melayu yang membuatkan bahasa itu menjadi rojak serta tidak mengikut nahu penulisan yang sebetulnya.Terdapat juga penggunaan bahasa singkatan yang selalunya terdapat dalam penulisan seperti novel serta cerpen.Namun begitu, penulisan seperti novel ini lah yang selalunya diminati oleh masyarakat kita hari ini terutamanya remaja kerana gaya bahasa penulisan yang mudah untuk di fahami.Hal ini akan menarik remaja untuk membaca kerana sesuia dengan kehendak  serta gaya mereka.









1 comment:

  1. Hurm, perlukah akta penyalahgunaan bahasa dikuatkuasakan?? :p

    ReplyDelete