Wednesday, March 16, 2011

Tinta terindah buat sahabatku

video

TINTA TERINDAH BUAT SAHABATKU

Sahabat
Hulurkanlah tanganmu bila aku terjatuh,
Hamparkanlah bahumu bila aku dalam kedukaan,
Terangilah hidupku dengan sinar matamu bila aku kegelapan.
Peluklah aku bila aku gembira.

Sahabat
Ku sentiasa berharap kau sentiasa disisiku ,
Bermain bersamaku, ketawa bersamaku, bersedih bersamaku,
Memori berlagu riang ketika bersamamu,
Sahabatku, kau bagaikan bidadari syurga yang menyinarkan  cahaya dimuka bumiku ini.

Sahabat,
Di saat hatiku berdukalara,
Di saat itu....kuharapkan kau hulurkan tanganmu,
Berbicara memori-memori yang tercipta antara kita,
Sehingga mengukir senyuman di bibir.

Sahabat
Dengarkanlah bicara hatiku ini,
Walaupun  jauh jarak memisahkan,
Kau tetap dihatiku,
Tetap kukuh bersemadi dilubuk hatiku ini.


Sahabat
Aku tidak meminta kau menjadi insan yang sempurna,
Kerana aku juga insan yang lemah,
Namun cukuplah kau menjadi peniup ketabahan kepadaku,
Bila hidupku diselebungi sendu.

Sahabat
Amdai kau mampu mendengar bicara cinta di hatiku ini,
Kau tentu tahu bahawa kau amat ku cintai,
Kau umpama intan permata yang tidak ternilai,
Wahai sahabatku.

Aku menyayangi dirimu seperti mana kau menyayangi diriku.


Bahasa Figuratif Dalam Penulisan Kreatif

Metafora
Perbandingan yang dibuat antara dua perkara atau objek yang secara lahirnya berbeza. Biasanya terdiri daripada dua perkataan satu konkrit dan satu abstrak.

Contoh: Terangilah hidupku dengan sinar matamu  bila aku kegelapan


Simile
Kata-kata perbandingan yang dilakukan secara eksplisit

Contoh : Kau umpama intan permata yang tidak ternilai
              : Sahabatku, kau bagaikan bidadari syurga yang menyinarkan  cahaya dimuka bumiku ini


Epistfora
Gaya bahasa perulangan kata atau frasa pada akhir baris atau berturutan.
Contoh  : Bermain bersamaku, ketawa bersamaku, bersedih bersamaku,