Sunday, April 24, 2011

Assalammualaikum,


Alhamdulillah kali ini saya diberikan kesempatan untuk memberikan ulasan berkenaan kelas kita iaitu kelas pengantar penulisan SBLM 1023. Terlebih dahulu saya ingin menyusun jari memohon maaf kepada pensyarah kita iaitu En Nasrol Hadi Bin Ahmad sekiranya saya telah melakukan kesalahan sepanjamg saya berada didalam kelas ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada cikgu kerana telah memberikan tunjuk ajar kepada saya dan rakan- rakan tentang dunia penulisan.  

Secara keseluruhannya saya merasakan kelas ini amat menyeronokkan. Saya dapat belajar pelbagai perkara tentang penulisan yang sebelum ini saya tidak ketahui. Antaranya tentang penulisan kreatif. Selain itu suasana kelas yang ceria membuatkan saya tidak sabar untuk kekelas. Cikgu juga telah menyampaikan kuliah dengan baik sekali. Malah kelas ini juga tidak  sestress seperti kelas yang lain. Ini yang membuatkan saya begitu suka dengan kelas ini. Malah teknik penyampaian yang diajar oleh cikgu juga memudahkan saya memahami apa yang saya belajar di dalam kelas.

Saya mengharapkan saya  dapat membuat yang terbaik dalam peperiksaan nanti dan mendapat keputusan yang cemerlang. Doakan saya ye cikgu....

Sekian terima kasih....



Wednesday, March 16, 2011

Tinta terindah buat sahabatku

video

TINTA TERINDAH BUAT SAHABATKU

Sahabat
Hulurkanlah tanganmu bila aku terjatuh,
Hamparkanlah bahumu bila aku dalam kedukaan,
Terangilah hidupku dengan sinar matamu bila aku kegelapan.
Peluklah aku bila aku gembira.

Sahabat
Ku sentiasa berharap kau sentiasa disisiku ,
Bermain bersamaku, ketawa bersamaku, bersedih bersamaku,
Memori berlagu riang ketika bersamamu,
Sahabatku, kau bagaikan bidadari syurga yang menyinarkan  cahaya dimuka bumiku ini.

Sahabat,
Di saat hatiku berdukalara,
Di saat itu....kuharapkan kau hulurkan tanganmu,
Berbicara memori-memori yang tercipta antara kita,
Sehingga mengukir senyuman di bibir.

Sahabat
Dengarkanlah bicara hatiku ini,
Walaupun  jauh jarak memisahkan,
Kau tetap dihatiku,
Tetap kukuh bersemadi dilubuk hatiku ini.


Sahabat
Aku tidak meminta kau menjadi insan yang sempurna,
Kerana aku juga insan yang lemah,
Namun cukuplah kau menjadi peniup ketabahan kepadaku,
Bila hidupku diselebungi sendu.

Sahabat
Amdai kau mampu mendengar bicara cinta di hatiku ini,
Kau tentu tahu bahawa kau amat ku cintai,
Kau umpama intan permata yang tidak ternilai,
Wahai sahabatku.

Aku menyayangi dirimu seperti mana kau menyayangi diriku.


Bahasa Figuratif Dalam Penulisan Kreatif

Metafora
Perbandingan yang dibuat antara dua perkara atau objek yang secara lahirnya berbeza. Biasanya terdiri daripada dua perkataan satu konkrit dan satu abstrak.

Contoh: Terangilah hidupku dengan sinar matamu  bila aku kegelapan


Simile
Kata-kata perbandingan yang dilakukan secara eksplisit

Contoh : Kau umpama intan permata yang tidak ternilai
              : Sahabatku, kau bagaikan bidadari syurga yang menyinarkan  cahaya dimuka bumiku ini


Epistfora
Gaya bahasa perulangan kata atau frasa pada akhir baris atau berturutan.
Contoh  : Bermain bersamaku, ketawa bersamaku, bersedih bersamaku,








Sunday, February 20, 2011

REFLEKSI


Apakah kepentingan memahami peraturan berbahasa dalam menulis?

Bahasa adalah amat penting dalam kehidupan kita. Sejak berkurun manusia mengiktiraf bahasa sebagai wahana komunikasi antara manusia yang penting. Di mana sahaja, bahasa merupakan alat perantara bagi kita menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat. Justeru kemahiran berbahasa perlu dipelajari, dan bukan berserah kepada kudrat semula jadi. Terdapat banyak kepentingan kepada kita apabila kita memahami peraturan berbahasa dalam menulis, antaranya ialah kita dapat mengurangkan bahasa rojak. Selain itu, kita juga dapat memahami maklumat atau mesej yang ingin disampaikan dengan mudah dan jelas. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya kesalahfahaman dalm menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Kita juga dapat mengurangkan kesalahan berbahasa seperti tatabahasa dan susunan ayat dalam penulisan sekiranya kita dapat memahami peraturan berbahasa dengan baik. Malahan kita juga dapat menghasilkan sesutu penulisan dengan baik dan berkualiti tinggi sekiranyan kita memahami peraturan berbahasa dalam menulis sesuatu rencana, laporan dan sebagainya.

Perlukah kesemua genre penulisan mematuhi peraturan berbahasa?

Pada pendapat saya kesemua genre penulisan perlu mematuhi peraturan berbahasa kerana sekiranya tidak memahami maka ianya akan merosakkan bahasa penulisan kita. Selain itu genre penulisan perlu mematuhi peraturan berbahasa juga supaya apa yang ingin disampaikan dalam penulisan dapat difahami oleh orang ramai dan juga supaya tidak lari dari isi kandungan atau tema penulisan yang ingin disampaikan kepada pembaca. Ini seterusnya dapat menarik lebih ramai pembaca untuk membaca penulisan tersebut. Seperti yang kita lihat pada hari ini terdapat banyak bahasa rojak iaitu bahasa yang bercampur aduk dengan bahasa asing yang terdapat dalam penulisan berbahasa pada hari ini. Ini disebabkan banyak genre penulisan pada masa kini yang tidak mematuhi peraturan berbaasa dalam menghasilkan karya mereka.Hal ini adalah amat membimbangkan kerana bahasa amat penting dalam kehidupan kita sebagai alat komunikasi dan juga sebagai alat penulisan kepada masyrakat kita. Jesteru kesemua genre penulisan pada hari ini perlu mematuhi peraturan berbahasa untuk meggekalkan bahasa kita.

Adakah bahan-bahan penulisan kini mematuhi peraturan berbahasa?

Pada pendapat saya, terdapat sebahagian bahan – bahan penulisan kini yang tidak mematuhi peraturan berbahasa kerana terdapat karya penulisan yang menggunakan bahasa yang tidak baku serta tidak mengikut penggunaan tatabahasa yang betul dalm menghasilkan karya. Malah terdapt juga penggunaan bahasa asing yang dicampur dalam bahasa melayu yang membuatkan bahasa itu menjadi rojak serta tidak mengikut nahu penulisan yang sebetulnya.Terdapat juga penggunaan bahasa singkatan yang selalunya terdapat dalam penulisan seperti novel serta cerpen.Namun begitu, penulisan seperti novel ini lah yang selalunya diminati oleh masyarakat kita hari ini terutamanya remaja kerana gaya bahasa penulisan yang mudah untuk di fahami.Hal ini akan menarik remaja untuk membaca kerana sesuia dengan kehendak  serta gaya mereka.